Anwar harap Ramasamy masih dapat bantu kerajaan

Anwar ketika ditemui media selepas berucap pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik (APR) ke-36 di sini pada Khamis.
Anwar ketika ditemui media selepas berucap pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik (APR) ke-36 di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulai Pinang, P Ramasamy masih dapat membantu kerajaan meskipun telah melepaskan semua jawatan dan mengumumkan keluar dari DAP.

Anwar turut memaklumkan beliau akan mendapatkan pandangan daripada Ramasamy berkenaan keputusan yang dilakukan.

“Ramasamy sahabat saya. Saya tentunya akan dapatkan pandangan daripada dia.

“Dia ada beberapa masalah khusus dengan parti. Jadi saya harap dia mungkin (boleh) main peranan yang positif untuk bantu membantu kerajaan,” katanya media selepas berucap pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik (APR) ke-36 di sini pada Khamis.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan beliau terhadap keputusan Ramasamy.

Pada Khamis, media melaporkan Ramasamy melepaskan semua jawatan dalam DAP dan mengumumkan keluar daripada parti itu.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai itu telah mengutus surat kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengerusi DAP, Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Sebelum ini, Ramasamy merupakan antara lima Exco negeri yang digugurkan sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Artikel Berkaitan:

Empat lagi Exco yang digugurkan ialah Chong Eng; Phee Boon; Yeoh Soon Hin dan Soon Lip Chee.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ramasamy keluar DAP, letak semua jawatan

Tindakan Ramasamy keluar DAP tidak jejas kempen PH dalam PRN - Nie Ching

Ramasamy 'tunggang DAP' demi jawatan - Anthony

Kon Yeow minta Ramasamy pertimbang keputusan