Arif Aiman pemain paling penting JDT - Surachai Jaturapattarapong

Aksi Arif Aiman ketika menentang Ulsan Hyundai dalam perlawanan Liga Juara-Juara AFC di Stadium Sultan Ibrahim. - Foto FB Johor Southern Tigers
Aksi Arif Aiman ketika menentang Ulsan Hyundai dalam perlawanan Liga Juara-Juara AFC di Stadium Sultan Ibrahim. - Foto FB Johor Southern Tigers
A
A
A

KETUA jurulatih BG Pathum United, Surachai Jaturapattarapong, melabel pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Md Hanapi sebagai individu yang cukup berharga dalam pasukan Harimau Selatan itu.

BG Pathum berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim bagi melengkapkan jadual perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bertemu pasukan yang masih segar melengkapkan 'quadruple' berganda, JDT.

Ternyata kemenangan cukup penting susulan kegagalan mereka untuk mendapatkan sebarang mata dalam lima perlawanan terdahulu, Surachai percaya kemenangan amat penting buat mereka menutup saingan kali ini.

Menilai kualiti pasukan lawan, beliau turut menyatakan betapa penting impak Arif Aiman untuk pasukan Selatan tanahair itu.

"Kami menyedari perlawanan esok adalam aksi yang cukup sukar, kami berdepan JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia. Kami bakal menurunkan barisan pemain yang berada di tahap terbaik daripada segi fizikal dan mental.

"Antara pemain di bawah tumpuan kami adalah Heberty dan Bergson, mereka merupakan antara watak penting pasukan JDT dan mengikat gerakan mereka.

"Tidak terlupa kelibat pemain menyarung jersi 42, Arif Aiman Md Hanapi. Dia ibarat 'harta' yang cukup berharga buat pasukan ini dan tanpa pemain tersebut, mungkin prestasi JDT akan berkurang 30 hingga 40 peratus." katanya - Awani

Artikel Berkaitan: