Karnival EKSPOrasi Ekonomi Digital dedah teknologi kepada usahawan

Antara usahawan yang mengambil bahagian dalam Karnival EKSPOrasi Ekonomi Digital empowerNCER yang dianjurkan baru-baru ini.
Antara usahawan yang mengambil bahagian dalam Karnival EKSPOrasi Ekonomi Digital empowerNCER yang dianjurkan baru-baru ini.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) memperkasakan lagi usahawan baharu melalui Karnival EKSPOrasi Ekonomi Digital empowerNCER yang melibatkan 180 orang peserta program empowerNCER di negeri ini.

Karnival yang mendapat kerjasama daripada Maxis itu turut menawarkan pelbagai aktiviti seperti bengkel e-Kelas Usahawan (eKU) serta taklimat Geran PMKS Madani Mesin Kira dengan fokus kepada pengetahuan pendigitalan dan e-Dagang.

Ketua Ekekutif NCIA, Mohamad Haris Kader Sultan berkata, kerjasama strategik berkenaan dapat mewujudkan usahawan berpendapatan tinggi melalui peluang-peluang tawaran serta membolehkan para peserta menjana pendapatan, sekali gus mampu merancakkan ekonomi Wilayah Koridor Ekonomi Koridor Utara (NCER).

“Usaha ini selaras dengan matlamat program modal insan NCER iaitu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan golongan B40 seterusnya meningkatkan sosioekonomi mereka menerusi keusahawanan,” katanya ketika berucap pada Karnival EKSPOrasi Ekonomi Digital empowerNCER yang diadakan pada Sabtu.

Hadir menyempurnakan majlis perasmian Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan Dan Luar Bandar Pulau Pinang, Yang Berhormat Rashidi Zinol.

Karnival berkenaan turut menganjurkan perkongsian maklumat dan taklimat daripada agensi terpilih seperti pihak Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Zakat Pulau Pinang, Penang Development Corporation (PDC) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Selain itu, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Touch ‘n Go, DESAMALL, eDESA dan turut bersama menjayakan karnival terbabit.

Dalam pada itu, Mohamad Haris berkata, seramai sembilan orang peserta empowerNCER Kemahiran & Keusahawanan telah diberikan kit permulaan untuk perniagaan mereka dan penyampaian cek kepada tiga orang peserta yang telah berjaya mendapat tawaran bantuan kewangan dan peralatan daripada MARA dan FAMA.

Artikel Berkaitan:

Katanya, karnival EKSPOrasi Ekonomi Digital empowerNCER juga dimeriahkan dengan pembukaan reruai daripada pelbagai agensi bagi memberi galakan kepada peserta mendaftar dalam penawaran bantuan seperti lesen perniagaan, kewangan, peralatan, geran dan sebagainya.

“Pendedahan ini penting bagi memastikan peserta tidak terlepas untuk memperoleh pelbagai tawaran dan insentif yang ditawarkan oleh agensi kerajaan bagi mengembangkan perniagaan mereka,” katanya lagi.