Kepuasan tak terhingga - Emery

Emery. - Foto AFP
Emery. - Foto AFP
A
A
A

UNAI Emery meluahkan rasa sangat puas setelah jaringan tunggal John McGinn membantu Aston Villa menewaskan bekas pasukannya Arsenal 1-0 awal pagi Ahad.

Malah jurulatih berusia 52 tahun itu turut mendedahkan tidak bersalaman dengan barisan kejurulatihan Arsenal selepas pasukannya meraih tiga mata berharga dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

“Saya berasa sangat puas dan gembira. Kami mendapat sokongan daripada peminat dan tenaga positif dihantar kepada kami,” kata Emery.

Lebih malang, kekalahan Arsenal berlaku ketika Mikel Arteta dikenakan hukuman tidak boleh berada di bangku simpanan di Villa Park ekoran denda yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak England (FA).

Susulan hukuman tersebut beliau hanya boleh menonton perlawanan daripada bilik eksekutif.

Dalam aksi itu, McGinn menjaringkan gol pada minit ketujuh dan Villa bertahan untuk membenam The Gunners tiga hari selepas mereka mengejutkan penyandang juara Manchester City menerusi jaringan yang sama di Villa Park.

Emery memegang jawatan sebagai pengurus di Arsenal selama 18 bulan sebelum dipecat pada November 2019 dan digantikan dengan Arteta.

“Hari ini kami memerlukannya kerana kami keletihan selepas aksi Khamis lalu.

Artikel Berkaitan:

“Kami bercakap mengenai keperluan untuk mengekalkan rekod bersih menentang City dan Arsenal. Ia menjadi kenyataan, amat menakjubkan mengalahkan mereka,” ujar Emery.

Ia adalah kemenangan ke-15 berturut-turut Villa di laman sendiri dan juga rekod baharu kelab.