Kejuaraan Antara Benua IBF hadiah buat negara

Farkhan menjulang tali pinggang Kejuaraan Antara Benua IBF selepas menewaskan peninju Pascal Abel Ndomba menerusi pukulan TKO pada pusingan ketujuh dalam JIBC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada malam tadi. - Foto Bernama

A
A
A

PETINJU profesional negara Muhammad Farkhan Haron menyifatkan kemenangannya menjulang tali pinggang Juara Antara Benua Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF) sebagai hadiah buat negara.

Petinju kelahiran Johor itu menewaskan Pascal Abel Ndomba daripada Tanzania menerusi pukulan teknikal knock out (TKO) pada pusingan ketujuh dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) 2019 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Muhammad Farkhan terus mempertahan gelarannya bagi Juara Asia Kelas Cruiserweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) dan Kelas Light Heavyweight Majlis Tinju Dunia (WBC).

“Saya menyifatkan ini hadiah terbaik untuk Malaysia. Malah sebelum masuk ke gelanggang, saya cakap pada diri sendiri, saya berdiri di sini adalah untuk arwah ayah saya, keluarga, raja dan negara,” katanya.

Beliau berkata, Ndomba bukanlah lawan yang dianggap mudah dengan kelebihan 35 perlawanan sepanjang kariernya.

“Kalau kita tengok, Ndomba lebih berpengalaman dengan 24 kemenangan dan 22 daripadanya menerusi KO dan keseluruhan ada 35 perlawanan manakala saya baru ada 10 perlawanan.

Farkhan bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Sheikh Umar Bagharib Ali (empat, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Sdn Bhd, Datuk Mohd Noorazam Osman (dua, kanan) pada JIBC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada malam tadi. - Foto Bernama

“Tetapi Alhamdulillah menang. Tumbukan tepat di hulu hati dan rusuknya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Anak kepada bekas petinju negara, Allahyarham Mohd Haron Ismail itu pada masa sama berkata akan bekerja lebih kuat tahun hadapan untuk pertahankan kemenangan itu.

"Saya kena kerja lebih kuat daripada sebelum ini...mungkin dua atau tiga kali ganda untuk pertahan gelaran ini,” katanya.

Beliau turut bersedia untuk bertarung dengan Ndomba sekali lagi seperti apa yang dimahukan pemain yang diberi nama jolokan “The African Tyson” itu.

“Bila-bila masa...mana-mana tempat...mari lakukan (jadikan ia satu kenyataan),” katanya. - Bernama