Mampukah Timothee Chalamet cipta aura, magis?

A
A
A

JIKA anda merancang untuk menyaksikan filem Wonka dan membayangkan keindahan kilang coklat seperti dalam filem Charlie And The Chocolate Factory atau masih dipengaruhi karakter Willy, Wonka lakonan Johnny Depp maka buang jauh-jauh pemikiran itu!

Ini kerana filem Wonka akan menyaksikan gandingan muka baharu dan pelakon berpengalaman terdiri daripada Timothee Chalamet selaku Willy Wonka, Calah Lane (Noodle), Olivia Colman (Puan Scrubbit), Hugh Grant (Oompa-Loompa), Natasha Rothwell (Piper Benz), Rich Fulcher (Larry Chucklesworth) serta Rakhee Thakrar (Lottie Bell).

No Image Caption

Bukan itu sahaja, filem itu turut diserikan lagi dengan penampilan istimewa Sally Hawkins dan Rowan Atkinson.

Naskhah yang masih diinspirasikan daripada novel klasik karya Roald Dahl, Charlie And The Chocolate Factory itu menceritakan siapa sebenarnya Willy Wonka sebelum menjadi pemilik kilang coklat yang penuh magis dan bagaimana dia bertemu dengan pembantunya, Oompa-Loompa.

Penonton akan dibawa ‘mengembara’ bersama Wonka mengumpul bahan unik untuk menghasilkan coklat penuh magis dan impiannya membuka sebuah kedai coklat di Galeries Gourmet.

Namun, impian itu mendapat tentangan daripada kartel coklat iaitu Arthur Slugworth (Paterson Joseph), Prodnose (Matt Lucas) dan Fickelgruber (Mathew Baynton).

Pada pandangan penulis, sama seperti filem terdahulu, Wonka tampil dengan sebuah jalan cerita yang straigh forward, penuh warna-warni dan paling penting muzikal.

Artikel Berkaitan:

Jika anda bukan seorang penggemar naskhah muzikal, barangkali filem ini tidak memberi kepuasan buat anda.

Timothee Chalamet tampil cemerlang sebagai Willy Wonka.
Timothee Chalamet tampil cemerlang sebagai Willy Wonka.

Pemilihan Chalamet selaku teraju utama sememangnya tepat. Senyuman, pandangan mata dan sikapnya yang positif memberi mesej yang baik kepada penonton. Malah, usaha Chalamet menyanyikan sendiri beberapa buah lagu dalam filem ini wajar dipuji.

Bagaimanapun, entah mengapa penulis berasakan kemunculan Grant selaku Oompa-Loompa walau hanya untuk beberapa babak telah ‘membunuh’ aura Chalamet.

Menerusi imej lelaki kerdil berambut hijau, berkulit oren, Grant berjaya mengunci perhatian penonton termasuk ketika menyanyikan lagu Oompa Loompa sehinggakan lirik lagu tersebut bermain-main di telinga biarpun selepas meninggalkan pawagam.

Filem itu juga ada beberapa kelemahan, cuma ia tidak memberi kesan besar jika dibandingkan dengan kesan khas yang cukup mengagumkan.

**media[2454981]*

Bagi penulis, filem ini sebenarnya lebih kepada prekuel Willy Wonka & the Chocolate Factory, adaptasi 1971 yang dibintangi Gene Wilder dan bukannya versi Charlie And The Chocolate Factory (2005).

WONKAPENGARAH: Paul King

PELAKON: TimothEe Chalamet, Calah Lane, Keegan-Michael Key, Paterson Joseph, Matt Lucas, Mathew Baynton, Sally Hawkins, Rowan Atkinson, Jim Carter, Olivia Colman, Hugh Grant

GENRE: Pengembaraan/ Komedi/Kekeluargaan

DURASI: 1 jam 57 minit

KLASIFIKASI: P12

BAHASA: Inggeris

TAYANGAN: 7 Disember 2023BINTANG: