Anwar membayangkan rombakan kabinet bulan ini

Anwar - Foto Bernama
Anwar - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat membayangkan bahawa rombakan kabinet akan berlaku dalam bulan ini.

Ketika diajukan soalan berkaitan rombakan kabinet selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin Fasa 4C, Presint 18, di sini, Anwar telah memanggil seorang kanak-kanak, Akmal Afif Yaseer Arafat, 12, dan memintanya untuk mengulangi soalan berkenaan sebagai mewakili pemberita.

"Datuk Seri, bila rombakan kabinet,” tanya kanak-kanak tersebut.

"Akmal cadang bila, sebelum atau selepas 2024,” tanya Anwar kepada kanak-kanak berkenaan dan Akmal Hafiz menjawab: "Sebelum 2024”.

"Dia jawab sebelum 2024. Saya setuju,” kata Anwar.

Terdahulu, Anwar bersama kira-kira 2,000 jemaah termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menunaikan solat Jumaat di surau berkenaan yang diimamkan oleh Imam I Surau Putra Al-Amin Fasa 4C Amirul Aqif Ismail.

Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah bertajuk ‘Memaknakan Kekayaan Dengan Berzakat’ yang kandungannya antara lain mengajak umat Islam untuk menunaikan zakat dan mengikis sifat bakhil demi meraih keredhaan ALLAH SWT.

Usai solat Jumaat, Perdana Menteri turut meluangkan masa menjamu selera di pekarangan surau dan beramah mesra dengan jemaah termasuk kanak-kanak. - Bernama

Artikel Berkaitan: