Projek Sinar Baitul Ridha di Syria siap 70 peratus

Projek Sinar Baitul Ridha di Al-Bab, Syria dilaksanakan untuk mewujudkan penempatan kepada keluarga yang terkesan akibat tragedi gempa bumi pada Februari lalu.
Projek Sinar Baitul Ridha di Al-Bab, Syria dilaksanakan untuk mewujudkan penempatan kepada keluarga yang terkesan akibat tragedi gempa bumi pada Februari lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Projek Sinar Baitul Ridha di Al-Bab, Syria yang dilaksanakan untuk mewujudkan penempatan kepada keluarga yang terkesan akibat tragedi gempa bumi pada Februari lalu kini siap hampir 70 peratus.

Pengurus Besar Syria Care, Muaz Abd Muein berkata, projek hasil kerjasama Sinar Karangkraf dan Syria Care itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi.

"Jangkaan itu dibuat bergantung kepada faktor cuaca kerana sekiranya hujan, tempoh pembinaan mungkin mengambil masa lebih lama,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pada 8 Februari lalu, Sinar Karangkraf melancarkan tabung untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye-Syria dengan sasaran pengumpulan dana sebanyak RM250,000.

Projek Sinar Baitul Ridha yang bermula pada 6 Oktober lalu kini siap 70 peratus.
Projek Sinar Baitul Ridha yang bermula pada 6 Oktober lalu kini siap 70 peratus.

Sementara itu, pada 6 Oktober lalu, Projek Sinar Baitul Ridha di Al-Bab, Syria dimulakan sebagai inisiatif untuk membina penempatan bagi membantu keluarga yang terkesan akibat tragedi tersebut.

Mengulas lanjut mengenainya, Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, ia adalah kesinambungan daripada tabung bantuan bencana gempa bumi Turkiye-Syria yang dilancarkan sejurus bencana melanda kedua-dua negara itu.

Menurut beliau, kontraktor pembinaan dan semua bantuan keperluan seperti makanan, pakaian dan bahan bakar dibeli di negara itu dan terus disalurkan kepada semua keluarga yang memerlukan.

Artikel Berkaitan: