Imigresen Johor cekup 57 warga asing

Pihak Imigresen Johor melakukan pemeriksaan terhadap warga asing yang ditahan dalam Ops Sapu berkenaan. - Foto: Jabatan Imigresen Negeri Johor
Pihak Imigresen Johor melakukan pemeriksaan terhadap warga asing yang ditahan dalam Ops Sapu berkenaan. - Foto: Jabatan Imigresen Negeri Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Negeri Johor menahan 57 warga asing hasil serbuan dalam Op Sapu di sebuah kawasan rumah pangsa di Pasir Gudang pada Jumaat.

Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, operasi berkenaan turut menyaksikan seramai 374 warga asing dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal, India dan Filipina di periksa.

Operasi yang disertai 95 pegawai daripada Bahagian Penguat kuasa Negeri, Penguat kuasa Cawangan Batu Pahat, Pegawai Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Johor itu hasil risikan selama seminggu setelah menerima aduan awam mengenai kewujudan penduduk warga asing yang menimbulkan kegusaran dalam komuniti setempat.

“Jabatan Imigresen Johor telah menjalankan serbuan di kawasan berkenaan pada tahun lalu dan ini merupakan serbuan kali kedua di lokasi sama.

Warga asing cuba menyembunyikan diri di siling rumah. - Foto: Jabatan Imigresen Negeri Johor
Warga asing cuba menyembunyikan diri di siling rumah. - Foto: Jabatan Imigresen Negeri Johor

“Dalam Ops Sapu kali ini, seramai 24 lelaki dewasa warga Pakistan, 13 lelaki dewasa dan lapan perempuan warga Indonesia, lapan lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki dewasa warga Nepal dan seorang lelaki dewasa warga India berusia dalam lingkungan 19 hingga 64 tahun telah ditahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kesemua yang ditahan dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) iaitu tiada dokumen pengenalan diri dan Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa serta lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kesemua yang tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian daripada warga asing yang ditahan dalam Ops Sapu terbabit. - Foto: Jabatan Imigresen Negeri Johor
Sebahagian daripada warga asing yang ditahan dalam Ops Sapu terbabit. - Foto: Jabatan Imigresen Negeri Johor