Perhimpunan Agung PBB terima pakai 5 resolusi memihak kepada Palestin

Perhimpunan Agung PBB pada Khamis menerima pakai lima resolusi yang memihak kepada perjuangan Palestin, mencerminkan soladiriti dunia terhadap perjuangan berterusan Palestin. - Foto AFP
Perhimpunan Agung PBB pada Khamis menerima pakai lima resolusi yang memihak kepada perjuangan Palestin, mencerminkan soladiriti dunia terhadap perjuangan berterusan Palestin. - Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis menerima pakai lima resolusi yang memihak kepada perjuangan Palestin, mencerminkan soladiriti dunia terhadap perjuangan berterusan Palestin.

Resolusi pertama membabitkan usaha menghantar bantuan kepada pelarian Palestin manakala resolusi kedua memberi tumpuan kepada operasi Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), menurut Agensi Berita Palestin WAFA.

Resolusi ketiga pula berkaitan dengan harta milik pelarian Palestin dan pendapatan yang diperoleh daripadanya manakala resolusi keempat mengenai usaha menangani penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan Golan Syria yang diduduki.

Resolusi kelima pula membabitkan aktiviti Jawatankuasa Khas untuk Menyiasat Tindakan Israel yang Melanggar Hak Asasi Manusia Bangsa Palestin dan Arab Lain di wilayah diduduki.

Wakil Tetap Palestin di PBB, Riyad Mansour menyatakan penghargaannya terhadap sokongan dan solidariti antarabangsa yang semakin meningkat, khususnya berkaitan isu pelarian Palestin, lapor WAFA. - Bernama

Artikel Berkaitan: