MELP: TNB dokong agenda nasional

Penyertaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama, Selangor.
Penyertaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama, Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) giat mendukung agenda nasional bersama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) untuk membangunkan masyarakat peka tenaga melalui Malaysia Energy Literacy Program (MELP).

TNB dalam satu kenyataan memaklumkan, MELP mampu meningkatkan kepekaan rakyat mengenai kepentingan tenaga sejak 2020 sejajar dengan pelaksanaan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) dalam mengawal penggunaan elektrik masing-masing.

Malah, inisiatif MELP yang kini dianggap sebagai agenda nasional selepas dilancarkan bersama NRECC dan TNB pada Mac 203 merupakan manifestasi terhadap keperluan Malaysia untuk meningkatkan peka tenaga dalam kalangan rakyatnya.

“Dengan meningkatkan tahap peka tenaga, kita boleh mempromosikan generasi pengguna Malaysia yang memahami kepentingan tenaga, mampu memikirkan kemampanan sistem tenaga dan boleh menggunakan tenaga secara lebih berkesan dan bertanggungjawab.” kata kenyataan itu kepada Sinar Harian.

Kesedaran golongan muda

Dalam ada itu, TNB turut memaklumkan mengenai komitmen syarikat tersebut menyemarakkan kesedaran penggunaan tenaga dalam kalangan murid sekolah rendah menengah dengan menganjurkan pertandingan video kreatif, ‘Bijak Tenaga TNB-Sinar Bestari’.

Penyertaan daripada Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT), Setiu, Terengganu.
Penyertaan daripada Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT), Setiu, Terengganu.

Pertandingan anjuran bersama di antara TNB dan Sinar Harian itu menerima sambutan luar biasa dengan lebih 100 penyertaan sejak dilancarkan pada Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan sambutan positif tersebut, TNB menjangkakan menerima 100 lagi penyertaan sebelum tarikh akhir penghantaran video kreatif pada 15 Disember ini. “Setakat ini, jumlah penyertaan dalam kalangan pelajar sekolah rendah ialah 40 peratus manakala selebihnya merupakan pelajar sekolah rendah. Kami menerima banyak penyertaan dari Selangor dan Kuala Lumpur.

“Justeru, TNB menjangkakan akan lebih banyak penyertaan akan diterima dalam tempoh terdekat ini khususnya daripada para pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara,” ujar kenyataan itu.

Pertandingan video kreatif ‘Bijak Tenaga TNB–Sinar Bestari’ bermula pada 23 Oktober ini sehingga 15 Disember 2023 manakala pemenang akan diumumkan pada 10 Januari tahun hadapan.

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Juara setiap kategori akan menerima wang tunai berjumlah RM5,000, naib juara (RM3,000) dan tempat ketiga sebanyak RM2,000. Sementara itu, tiga kumpulan akan menerima sagu hati wang tunai sebanyak RM1,000.

Untuk menyertai pertandingan itu, ianya amat mudah kerana para peserta hanya perlu menghasilkan video kreatif berdurasi dua hingga tiga minit mengikut tema dikehendaki iaitu ‘Bijak Tenaga’ kemudiannya kongsi menerusi platform TikTok.

Selain itu, peserta juga perlu memastikan meletakkan tanda pagar #TNBSinarBestari, #kempenbijaktenaga dan diikuti akaun TikTok @tenaga_nasional dan @SinarBestarimy.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh ke portal sinarbestari.sinarharian.com.my atau Hotline Sinar Bestari di talian 019-232 9032 (WhatsApp sahaja) manakala untuk mendapatkan tip jimat tenaga, boleh layari www.mytnb.com.my.

Tiga pelajar Sekolah Kebangsaan St. John (M) Tuaran, Sabah menghasilkan video yang kreatif mengenai bijak tenaga.
Tiga pelajar Sekolah Kebangsaan St. John (M) Tuaran, Sabah menghasilkan video yang kreatif mengenai bijak tenaga.

Objektif utama MELP

- Meningkatkan kepekaan rakyat dan menjadikan mereka lebih berpengetahuan mengenai industri tenaga.

- Memahami dan menghayati agenda peralihan tenaga yang perlu mengimbangi cabaran Trilema Tenaga iaitu jaminan bekalan, kemampanan dan kebolehmampuan (Energy Trilemma - Security, Affordability and Sustainability).

- Memperkasakan individu dengan pengetahuan yang diperlukan untuk membuat keputusan dalam menguruskan penggunaan tenaga mereka.

- Mengubah corak pengunaan tenaga dengan lebih cekap untuk menjaga alam sekitar dengan lebih baik dan bergerak ke arah masa depan yang lebih mampan.

- Mendedahkan rakyat dengan kelebihan menjadi prosumer melalui penjanaan sendiri sumber tenaga boleh baharu (TBB) di rumah atau di premis persendirian.