Tonik terbaik Aniq sambar tiket Olimpik 2024

Aniq sifatkan kejayaannya raih dua pingat pada Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Doha sebagai dos penggalak buru slot Sukan Olimpik Paris 2024. - Foto Agensi
Aniq sifatkan kejayaannya raih dua pingat pada Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Doha sebagai dos penggalak buru slot Sukan Olimpik Paris 2024. - Foto Agensi
A
A
A

JAGUH negara, Mohamad Aniq Kasdan menyifatkan kejayaannya meraih dua pingat pada Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Doha, Qatar sebagai dos penggalak dalam memburu slot Sukan Olimpik Paris 2024.

“Alhamdulillah syukur apabila saya meraih dua pingat di Doha.

Aniq
Aniq

"Walaupun sekali lagi berjaya memecahkan rekod kebangsaan, tetapi keinginan saya untuk meningkatkan lagi prestasi masih membara.

“Paling penting kejayaan di Doha ini juga secara tidak langsung menambah motivasi saya untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya pada Khamis.

Pada Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Doha, Aniq tampil cemerlang apabila meraih pingat perak clean & jerk kategori 61 kilogram (kg) serta gangsa bagi acara keseluruhan.

Aniq melakukan angkatan 170 kilogram (kg) bagi clean & jerk dan 126kg dalam snatch, sekali gus merekodkan angkatan keseluruhan 296kg.

Artikel Berkaitan:

Kejayaan itu menyaksikan Aniq memperbaharui rekod kebangsaan, 291kg miliknya sendiri ketika memenangi pingat gangsa Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi pada September lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!