Israel menuju kehancuran, tidak dapat bantuan tambahan Kongres AS

Hafidzi ketika Program Sinar Live bertajuk 'Lupakah Kita Pada Palestin?' yang dikendalikan Haizir pada Khamis.
Hafidzi ketika Program Sinar Live bertajuk 'Lupakah Kita Pada Palestin?' yang dikendalikan Haizir pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Israel kini dilihat menuju kehancuran kerana bantuan tambahan daripada Kongres Amerika Syarikat (AS) sebanyak AS$10 bilion seperti yang dijanjikan tidak dapat disalurkan.

Penasihat Kehormat MyCare, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, untuk meluluskan bantuan tersebut, kongres itu memerlukan sekurang-kurangnya 60 undi Dewan Senat AS, namun hanya 49 sahaja yang bersetuju dan 51 menentang.

“Israel juga kehilangan dan mengalami kejatuhan stok pasaran saham hampir 15 peratus. Ia satu kerugian yang cukup besar kerana melebihi AS$125 sehari.

“Itu belum cakap mengenai kemusnahan infrastruktur atau ekonomi yang sudah lumpuh, jadi kalau Israel terus berdegil dengan sikap ego dan AS sendiri tidak mencegah, maka negara haram itu sedang menuju kehancuran,” katanya menerusi Program Sinar Live bertajuk 'Lupakah Kita Pada Palestin?' pada Khamis.

Program yang dikendalikan oleh Haizir Othman itu disiarkan di semua platform digital Sinar Harian.

Program Sinar Live bertajuk 'Lupakah Kita Pada Palestin?' dikendalikan Haizir Othman pada Khamis.
Program Sinar Live bertajuk 'Lupakah Kita Pada Palestin?' dikendalikan Haizir Othman pada Khamis.

Dalam pada itu, ditanya mengenai situasi terkini di Gaza, Hafidzi turut memberitahu, rakyat di wilayah bergolak tersebut sedang mencipta perkembangan positif.

Jelasnya, orang ramai terutamanya umat Islam diminta bersabar dan berterusan memperjuangkan isu rakyat Palestin yang berkorban nyawa demi memerdekakan Gaza.

Artikel Berkaitan:

“Sangat mengujakan juga apabila beberapa negara sudah memutuskan hubungan diplomatik dan ini menyebabkan Israel berada dalam keadaan sangat tertekan.

“Rakyat AS sendiri turut membantah tindakan itu kerana melihat kebenaran tentang keganasan dan kezaliman yang dilakukan Zionis Israel ke atas penduduk Gaza,” ujarnya.