Harimau kumbang baham lembu masuk perangkap

Harimau kumbang yang masuk perangkap di sebuah ladang sawit di Hulu Kemaman pada Selasa. - Foto Perhilitan Terengganu
Harimau kumbang yang masuk perangkap di sebuah ladang sawit di Hulu Kemaman pada Selasa. - Foto Perhilitan Terengganu
A
A
A

KEMAMAN - Seekor harimau kumbang jantan dianggarkan seberat 40 kilogram memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu di sebuah ladang sawit di Hulu Kemaman di sini pada Selasa.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, perangkap itu dipasang kira-kira jam 4 petang pada Isnin selepas menerima aduan seekor lembu milik penternak di kawasan terbabit dibaham haiwan berkenaan.

"Kita menjalankan siasatan sebaik menerima aduan daripada penternak dan bertindak memasang perangkap untuk menangkap harimau berkenaan.

Anggota Perhilitan Terengganu memindahkan harimau kumbang ke habitat asalnya bagi memastikan kemandirian haiwan tersebut. - Foto Perhilitan Terengganu
Anggota Perhilitan Terengganu memindahkan harimau kumbang ke habitat asalnya bagi memastikan kemandirian haiwan tersebut. - Foto Perhilitan Terengganu

"Harimau itu memasuki perangkap dalam tempoh kurang daripada 15 jam selepas ia dipasang.

"Haiwan itu juga dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Menurutnya, harimau kumbang tersebut dilepaskan ke habitat asalnya bagi memastikan kemandirian spesies haiwan tersebut.

"Kita berjaya membawa keluar haiwan itu dari kawasan ladang sawit pada petang Selasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Harimau kumbang dibawa ke habitat asal supaya tidak mengganggu haiwan ternakan. - Foto Perhilitan Terengganu
Harimau kumbang dibawa ke habitat asal supaya tidak mengganggu haiwan ternakan. - Foto Perhilitan Terengganu

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!