Final Piala Malaysia: Bendera, kain rentang gergasi iringi Terengganu FC

Penyokong Bola Sepak Terengganu FC atau lebih dikenali ‘Geng 12 FC’ menyiapkan bendera negeri dan kain rentang bersaiz gergasi menjelang kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia ketika tinjauan di Gong Badak. - Foto Bernama

A
A
A

BENDERA negeri dan kain rentang bersaiz gergasi memaparkan kata-kata semangat akan mengiringi pasukan Terengganu FC (TFC) untuk berjuang menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam esok.

Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak dan Futsal Terengganu, Mohd Juslihadi Mohamad berkata, pihaknya bertungkus-lumus menyiapkan bendera dan kain rentang bersaiz 15x15 meter itu sejak seminggu lepas dengan kos sebanyak RM3,000.

Beliau berkata, walaupun terpaksa mengorbankan masa, tenaga dan wang, ahli-ahli kelab amat berpuas hati kerana dapat menzahirkan sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka.

Penyokong Bola Sepak Terengganu FC atau lebih dikenali ‘Geng 12 FC’ menyiapkan bendera negeri dan kain rentang bersaiz gergasi menjelang kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia ketika tinjauan di Gong Badak. - Foto Bernama
Penyokong Bola Sepak Terengganu FC atau lebih dikenali ‘Geng 12 FC’ menyiapkan bendera negeri dan kain rentang bersaiz gergasi menjelang kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia ketika tinjauan di Gong Badak. - Foto Bernama

"Komitmen yang ditunjukkan oleh ahli amat tinggi. Kami menyiapkan kain rentang dan bendera ini secara gotong-royong menggunakan wang kutipan ahli.

"Alhamdulillah walaupun dengan pelbagai kekangan, selepas seminggu hasil tangan kami ini dapat disiapkan dan akan terpampang di SNBJ malam esok," katanya ketika ditemui di Kampung Tebakang, Bukit Payung di sini hari ini.

Mohd Juslihadi berkata, untuk perlawanan akhir kali ini, pihaknya membawa kira-kira 500 ahli kelab ke SNBJ dengan menaiki 10 bas dan beberapa kereta.

Artikel Berkaitan:

Penyokong Bola Sepak Terengganu FC atau lebih dikenali ‘Geng 12 FC’ menyiapkan bendera negeri dan kain rentang bersaiz gergasi menjelang kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia ketika tinjauan di Gong Badak. - Foto Bernama
Penyokong Bola Sepak Terengganu FC atau lebih dikenali ‘Geng 12 FC’ menyiapkan bendera negeri dan kain rentang bersaiz gergasi menjelang kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia ketika tinjauan di Gong Badak. - Foto Bernama

"Tahun lepas kita turut hadir ke perlawanan akhir Piala FA yang juga menyaksikan pertembungan antara TFC dan JDT.

"Kami harap tahun ini TFC dapat bawa pulang piala dan menamatkan kemarau kemenangan," katanya.

Final Piala Malaysia 2023 mempertemukan juara tiga kali yang juga juara bertahan JDT dan TFC yang memburu kejuaraan kedua selepas kali terakhir memenanginya pada 2001. - Bernama