Putin berterima kasih kepada Trump

Putin ketika bertemu Trump di luar Sidang Kemuncak G20 di Osaka, Jepun pada Jun lalu. - FOTO: AGENSI
Putin ketika bertemu Trump di luar Sidang Kemuncak G20 di Osaka, Jepun pada Jun lalu. - FOTO: AGENSI
A
A
A

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam berterima kasih kepada rakan sejawatannya di Amerika Syarikat (AS), Donald Trump atas maklumat risikan yang membantu menggagalkan rancangan serangan ke atas Moscow.

Kremlin dalam satu kenyataan memaklumkan Putin memberikan ucapan penghargaan itu kerana pemindahan maklumat melalui perkhidmatan khas itu berjaya mengelakkan serangan ganas ke atas Rusia.

Agensi risikan FSB memaklumkan dua warga tempatan yang disyaki merancang serangan di St Petersburg ketika sambutan Tahun Baharu 2020 telah ditahan pada Jumaat lalu.

"Siasatan awal mendapati mereka membuat persediaan untuk serangan ganas," ujar jurucakap agensi itu.

Walaupun Moscow dan Washington bertentangan dalam banyak isu, kedua-dua negara terbabit kerap menegaskan kesungguhan mereka untuk memerangi keganasan. - AFP

Artikel Berkaitan: