Kerajaan Perpaduan selesaikan banyak perkara dalam MA63 - Anwar

Anwar menyampaikan ucapan perasmian pecah tanah projek Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di Ulu Tomani, Kemabong hari ini. - Foto Bernama
Anwar menyampaikan ucapan perasmian pecah tanah projek Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di Ulu Tomani, Kemabong hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

TENOM - Biarpun baru setahun mentadbir negara, Kerajaan Perpaduan telah berjaya menyelesaikan lebih pantas dan banyak perkara yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berbanding sebelum ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pelbagai langkah diambil bagi merealisasikan perkara itu, antaranya beliau mengarahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mempengerusikan mesyuarat melibatkan MA63 bagi menyegerakan perlaksanaan perkara-perkara yang berkaitan.

Katanya, untuk Sabah sendiri banyak perkara dalam MA63 telah berjaya diselesaikan, antaranya pengembalian semula kuasa pengurusan bekalan elektrik kepada kerajaan Sabah dan kuasa meluluskan projek kecil diserah kepada negeri ini.

Anwar mengendalikan jengkaut sebagai simbolik pecah tanah projek Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di Ulu Tomani, Kemabong hari ini. - Foto Bernama
Anwar mengendalikan jengkaut sebagai simbolik pecah tanah projek Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di Ulu Tomani, Kemabong hari ini. - Foto Bernama

"..dalam tempoh setahun ini kita selesaikan lebih pantas berbanding puluhan tahun sebelumnya...saya jelaskan kerana ada tokoh politik di Sabah gunakan cerita ini untuk tarik minat orang Sabah, guna sentimen. Kalau ada fakta saya tiada masalah tetapi kalau putar belit saya terpaksa jawab,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di sini.

Empangan itu dijangka siap pada 2029 dengan kos RM4 bilion, dan ia mempunyai kapasiti pembekalan elektrik 187.5 megawatt.

Artikel Berkaitan:

Anwar ketika tiba bagi merasmikan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan di Dataran Buhavan Square Penampang hari ini. - Foto Bernama
Anwar ketika tiba bagi merasmikan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan di Dataran Buhavan Square Penampang hari ini. - Foto Bernama

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali. - Bernama