3 maut dalam tembakan rambang di Universiti Nevada, Las Vegas

Anggota polis mengawal lalu lintas di Maryland Parkway ketika pelajar dibawa keluar dari kampus UNLV selepas insiden tembakan rambang di Las Vegas, Nevada. - Foto: AFP
Anggota polis mengawal lalu lintas di Maryland Parkway ketika pelajar dibawa keluar dari kampus UNLV selepas insiden tembakan rambang di Las Vegas, Nevada. - Foto: AFP
A
A
A

WASHINGTON - Seramai tiga orang terbunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam insiden tembakan rambang di Universiti Nevada, Las Vegas di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Suspek turut terbunuh selepas dipercayai berbalas tembakan dengan polis.

Ketua polis universiti, Adam Garcia berkata, pihak berkuasa menerima panggilan mengenai seorang penembak aktif pada jam 11.45 pagi waktu tempatan (1945GMT), lapor Agensi Anadolu.

Sebelum itu, Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas berkata suspek "telah dikesan dan telah meninggal dunia" selepas beberapa orang cedera di kampus.

Bagaimanapun, tidak jelas bagaimana suspek itu meninggal dunia.

Polis dalam satu hantaran di X berkata, mereka berjaya menumpaskan suspek.

Syerif Kevin McMahill berkata, tiada lagi ancaman yang berpunca daripada tembakan itu.

Menurut beliau motif serangan masih tidak diketahui dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, seorang lagi mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di sebuah hospital tempatan.

Sementara itu, McMahill dijangka mengadakan satu sidang akhbar pada lewat Rabu. - Bernama