1,000 pelajar sertai kem pecutan akhir SPM, STPM

Amirudin bergambar bersama peserta yang menyertai Program Jelajah Tekad Pendidikan #KitaSelangor di Dewan Beringin pada Rabu.
Amirudin bergambar bersama peserta yang menyertai Program Jelajah Tekad Pendidikan #KitaSelangor di Dewan Beringin pada Rabu.
A
A
A

GOMBAK - Lebih 1,000 pelajar, ibu bapa dan guru dikumpulkan untuk bersama-sama mendengar ceramah motivasi pecutan terakhir persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program berkenaan dianjurkan di Gombak pada Rabu dan akan disusuli di daerah Kuala Selangor pada 12 Disember depan.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memperluaskan program berkenaan ke daerah lain jika mendapat sambutan baik daripada peserta.

"Cuma ada hadapi kekangan disebabkan jadual persekolahan dan waktu kerja. Saya sedang cuba koordinat masa yang lebih sesuai.

"Mungkin boleh dilakukan pada waktu malam supaya lebih ramai ibu bapa turut serta dalam program bersama anak-anak yang bakal hadapi peperiksaan penting ini," katanya pada Program Jelajah Tekad Pendidikan #KitaSelangor di Dewan Beringin Taman Sri Gombak di sini pada Rabu.

Amirudin bergambar bersama pelajar yang menyertai Program Jelajah Tekad Pendidikan #KitaSelangor di Dewan Beringin pada Rabu.
Amirudin bergambar bersama pelajar yang menyertai Program Jelajah Tekad Pendidikan #KitaSelangor di Dewan Beringin pada Rabu.

Beliau diiringi isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad turut serta pada acara Zikir Munajat dan bacaan Mathurat.

Program selama sehari bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu diisi dengan ceramah motivasi, solat berjemaah dan solat hajat serta zikir dan munajat.

Artikel Berkaitan:

Program berkenaan diterajui Yayasan Selangor bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis).

Dalam pada itu, Amirudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor berkata, jelajah berkenaan seiring dengan beberapa siri program Tekad Pendidikan sebelum ini dan sejajar inisiatif kerajaan negeri memacu transformasi pendidikan negeri.

Amirudin bergambar bersama pelajar yang menyertai Program Jelajah Tekad Pendidikan #KitaSelangor di Dewan Beringin pada Rabu.
Amirudin bergambar bersama pelajar yang menyertai Program Jelajah Tekad Pendidikan #KitaSelangor di Dewan Beringin pada Rabu.

"Menerusi pendekatan ini, pelajar SPM dan STPM dapat menetapkan matlamat dalam diri mereka untuk yakin dan menempa kejayaan dalam bidang diceburi.

"Program ini merupakan peluang berharga untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam usaha meningkatkan semangat anak-anak untuk hadapi peperiksaan selain sokongan ibu bapa dan guru termasuk dalam aspek spiritual," katanya.