Askar Israel sertai perang Gaza keracunan makanan

Anggota IDF yang ditempatkan di Genting Gaza diserang wabak penyakit gastrousus dan keracunan makanan. - Foto AFP
Anggota IDF yang ditempatkan di Genting Gaza diserang wabak penyakit gastrousus dan keracunan makanan. - Foto AFP
A
A
A

TEL AVIV - Anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang ditempatkan di Genting Gaza diserang wabak penyakit gastrousus dan keracunan makanan.

"Terdapat peningkatan luar biasa penyakit usus akibat jangkitan bakteria Shigella dalam kalangan askar Israel. Kebanyakan daripada mereka juga mengalami cirit-birit dan demam panas.

"Diarea merebak dengan cepat dan menyerang anggota unit infantri yang terlibat pertempuran di Gaza. Tubuh mereka menjadi lemah dan terdedah kepada risiko kematian," lapor Yedioth Ahronoth pada Isnin.

Difahamkan, pasukan tersebut mungkin termakan hidangan tercemar yang diagihkan kepada mereka sejak kempen pencerobohan ke atas wilayah Gaza dilancarkan pada Oktober lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: