Enam ditahan dalam serbuan di pusat pelacuran

Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat pelacuran.
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat pelacuran.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai enam individu termasuk tiga wanita warga asing ditahan dalam serbuan ke atas sebuah premis pelacuran di Jalan Pudu, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, enam individu yang ditahan itu berusia 27 hingga 39 tahun.

"Kita turut merampas tiga gulung tisu, tiga helai tuala, 12 keping kondom, tiga kad akses, dua buku catatan dan wang tunai RM820," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Noor Dellhan berkata, kesemua individu itu direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 373 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!