10 janda warga asing antara 28 ditahan terbabit parti liar

Seramai 28 individu termasuk 10 janda warga asing yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ditahan ketika menyertai parti liar di sebuah rumah tamu di Jalan Lama Bentong-Tras, Sungai Penjuring, Bentong pada Selasa.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
Seramai 28 individu termasuk 10 janda warga asing yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ditahan ketika menyertai parti liar di sebuah rumah tamu di Jalan Lama Bentong-Tras, Sungai Penjuring, Bentong pada Selasa.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

KUANTAN - Seramai 28 individu termasuk 10 janda warga asing yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ditahan ketika menyertai parti liar di sebuah rumah tamu di Jalan Lama Bentong-Tras, Sungai Penjuring, Bentong pada Selasa.

Individu yang ditahan terdiri daripada 12 lelaki warga tempatan dan 16 pelancong wanita warga Thailand serta Laos berusia antara 19 hingga 44 tahun.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, rata-rata lelaki warga tempatan yang ditahan bekerja sebagai pekebun durian.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melakukan serbuan ke premis tersebut.

"Semua suspek berada dalam keadaan mencurigakan ketika serbuan dilakukan pada jam 12.05 tengah malam.

"Pemeriksaan fizikal terhadap kesemua suspek di lokasi tidak menjumpai sebarang barang salah.

"Suspek kemudiannya dibawa ke pejabat BSJND Bentong untuk menjalani saringan air kencing dan hasil ujian dijalankan mendapati kesemua mereka positif dadah jenis amphetamine dan ketamin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Yahaya berkata, hasil soal siasat, semua suspek mengaku mengambil dadah berkenaan di rumah itu pada malam kejadian.

Tambah beliau, semua suspek ditahan dan direman selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Yahaya menasihati pemilik rumah tamu agar lebih berhati-hati ketika menerima tetamu bagi mengelak premis mereka disalahgunakan untuk aktiviti tidak sihat dan jenayah.

@sinarharianonline 10 janda warga asing antara 28 ditahan terbabit parti liar. #SinarHarian#SinarTerkini#fyp#beritaditiktok#WargaAsing#PartiLiar News, news, seriousness, tension(1077866) - Lyrebirds music