Ibu sedar bayi tertukar selepas setahun

Siti Mauliah (dua kiri) berharap pihak berkuasa campur tangan dengan kes bayinya yang didakwa tertukar dengan bayi wanita lain. - Agensi
Siti Mauliah (dua kiri) berharap pihak berkuasa campur tangan dengan kes bayinya yang didakwa tertukar dengan bayi wanita lain. - Agensi
A
A
A

BANDUNG - Seorang wanita di Bogor, Indonesia mendakwa bayi yang ditatang bagai minyak yang penuh selama setahun bukan anak kandungnya.

Siti Mauliah mengesyaki bayinya tertukar akibat kecuaian petugas kesihatan selepas bersalin di Hospital Sentosa di Kecamatan Kemang.

Menurut wanita berusia 37 tahun itu, selepas bersalin dia sempat menyusukan bayinya dan menyedari bayi tersebut tidak mempunyai sebarang tanda lahir di badan.

Tambah Siti Mauliah, dia percaya bayi tertukar dengan bayi wanita yang beralamat di Tajur Halang.

"Saya sudah menemui keluarga wanita itu tetapi pihak mereka enggan melakukan ujian DNA.

"Saya tidak meminta apa-apa, cuma mahukan kepastian," katanya yang terpaksa melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Siti Mauliah berkata, keadaan fizikal bayi tersebut menguatkan lagi firasatnya bahawa bayi tersebut bukan anak kandungnya.

"Warna kulit dan fizikalnya jauh berbeza dengan anak-anak saya yang lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pihak hospital berkata, keluarga wanita yang didakwa menjaga bayi Siti Mauliah enggan melakukan ujian DNA kerana masih belum bersedia daripada segi mental.

"Belum bersedia, itulah alasan diberikan pihak sebelah sana," kata jurucakap Hospital Sentosa, Gregg Djako.

Difahamkan, kes tersebut disiasat sehingga ke akar umbi dan tindakan keras akan dikenakan kepada pihak yang cuai jika dakwaan Siti Mauliah ternyata benar. - Agensi