Bapa Ketua Meja Jenayah Sinar Harian meninggal dunia

Jenazah Ramli selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Lang Tengah, Banting.
Jenazah Ramli selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Lang Tengah, Banting.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bapa kepada Ketua Meja Jenayah/Mahkamah Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli meninggal dunia awal pagi pada Selasa.

Allahyarham Ramli Denin, 64, meninggal dunia di Hospital Banting, Selangor akibat organ dalaman gagal berfungsi.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Lang Tengah, Banting, Selamat kira-kira jam 10 pagi.

Menurut Muhammad Afham, Allahyarham bapanya ditahan di dalam wad sejak seminggu lalu akibat penyakit gout dan jantung yang dialaminya.

"Ayah mula menghidap penyakit gout sejak 15 tahun lalu, manakala masalah jantung dikesan awal tahun ini dan keadaannya mulai teruk sejak seminggu lalu.

"Meskipun sedih dengan pemergian ayah tersayang, namun kami sekeluarga reda," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Muhammad Afham dalam masa sama turut menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan mereka sekeluarga.

Sementara itu, Sinar Harian diwakili Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang turut menghadiri pengebumian bapa kepada Muhammad Afham.

Artikel Berkaitan: