Bapa Safawi meninggal dunia

Safawi (kanan) bersama bapa dan keluarganya.
Safawi (kanan) bersama bapa dan keluarganya.
A
A
A

PEMAIN Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid menerima khabar duka apabila ayahnya, Rasid Sulung meninggal dunia awal pagi tadi.

Safawi menerusi satu hantaran di laman Instagramnya mengesahkan perkara tersebut selain memohon orang ramai menghadiahkan Al-Fatihah kepada ayahnya.

"Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada Ayah saya yang telah pergi menemui Ilahi sebentar tadi dan semoga beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah (Rasid bin Sulong)," katanya menerusi hantaran itu.

Isteri Safawi, Syifa Melvin turut berkongsi berita tersebut di laman Instagramnya.

"Abah telah kembali ke negeri abadi, rehatlah Abah, sehingga berjumpa di syurga nanti... Al Fatihah,” tulisnya

Artikel Berkaitan: