Kondominium rumah paling tak laku di Perak

Sandrea ketika menjawab soalan lisan sempena Sidang DUN Perak pada Selasa. - Foto Urusetia Dewan Negeri Perak PERAK.
Sandrea ketika menjawab soalan lisan sempena Sidang DUN Perak pada Selasa. - Foto Urusetia Dewan Negeri Perak PERAK.
A
A
A

IPOH - Rumah jenis kondominium atau apartment merupakan jenis rumah yang paling tinggi tidak terjual di Perak.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng berkata, berdasarkan data daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) pada 2022 menunjukkan hartanah perumahan tidak terjual di Perak adalah 2,312 unit.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, rumah jenis kondominium atau apartment merupakan penyumbang tertinggi iaitu 1,203 unit iaitu 52.03 peratus manakala rumah dengan harga dalam lingkungan RM200,000 ke atas juga turut tidak terjual di negeri ini.

"Rakyat Perak lebih cenderung untuk membeli rumah di dalam kategori kos rendah iaitu harga di bawah RM100,000 di mana data NAPIC menunjukkan bahawa tiada hartanah perumahan tidak terjual di dalam kategori harga tersebut di dalam Negeri Perak.

"Dari 2018 sehingga 2022, berlaku penurunan yang konsisten perumahan yang tidak terjual," katanya ketika menjawab soalan lisan Chaw Kam Foon (PH-Menglembu) sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Selasa.

Sandrea berkata, daerah tertinggi perumahan tidak terjual adalah di Kinta iaitu sebanyak 1,065 unit diikuti Manjung 498 unit, Kampar (328) dan Bagan Datuk (9) manakala Perak Tengah dan Selama tiada perumahan yang tidak terjual.

Sementara itu, Sandrea berkata, antara langkah bagi mengatasi masalah rumah tidak terjual di negeri ini ialah dengan pelaksanaan Dasar Perumahan Negeri Perak.

Menurutnya, bagi pembangunan yang melibatkan keluasan tanah melebihi lapan hektar, pemaju diwajibkan untuk membina 40 peratus pembangunan rumah mampu milik yang merangkumi pembinaan Rumah Perakku I, Rumah Perakku II dan Rumah Perakku III.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, baki sebanyak 60 peratus dibenarkan untuk pembinaan rumah harga terbuka oleh pemaju.