Gold Coast Australia tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel 2026

Gambar fail menunjukkan majlis penutup Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia. - Foto: Bernama
Gambar fail menunjukkan majlis penutup Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia. - Foto: Bernama
A
A
A
GOLD Coast Australia menarik balik tawarannya untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik kenyataan datuk bandar.

Dalam kenyataan pada Ahad, Tom Tate berkata: "Kami telah melakukan yang terbaik. Visi Sukan kami nampaknya tidak sejajar dengan visi kerajaan negeri atau persekutuan," katanya.

Langkah itu dibuat selepas negeri Victoria mengumumkan pada Julai bahawa ia menarik diri sebagai tuan rumah memandangkan kos penganjuran acara itu dianggarkan kira-kira AU$5 bilion (AS$3.3 bilion).

Ketua menterinya, Daniel Andrews memberitahu media di Melbourne pada masa itu bahawa beliau tidak bersedia untuk membelanjakan sehingga AU$7 bilion untuk 'acara sukan 12 hari'.

Berikutan penarikan diri itu, Victoria bersetuju membayar £190 juta (AS$240 juta) kepada Persekutuan Sukan Komanwel, Perkongsian-perkongsian Persekutuan Sukan Komanwel dan Majlis Sukan Komanwel Australia. - Bernama
Artikel Berkaitan:


-- BERNAMA-dpa

TAG: Australia, bidaan, tuan rumah, sukan Komanwel