Berita pilihan April 2019

A
A
A

1. Amalina sudah hubungi ibu adik Ainul (2,528,015 bacaan)

DERITA seorang bayi perempuan berusia lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ketumbuhan Germ Cell Tumor di bahagian mulutnya mendapat perhatian Dr Amalina.

Amalina atau Nur Amalina Che Bakri, 31, yang mendapat jolokan Doktor Selebriti itu, berasa terpanggil untuk membantu derita Ainul.

“Is sangat menyayat hati mendengarkan kisah tentang Ainul. Dia terpaksa melalui penderitaan di waktu usia muda sebegini,” luahnya di Instagram.

2. Ibu mimpi Ashraf di Gua Tempurung (1,559,650 bacaan)

IPOH – Ibu kepada Mohammad Ashraf Hassan, 29, peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang ketika menyertai larian itu, 23 Mac lalu mendapat mimpi berkemungkinan anaknya berada di Gua Tempurung.

Perkara itu dikongsi abang kedua mangsa, Mohd Zahiruddin, 35, yang memaklumkan ibunya, Siti Maznah Khamis, 62, mendapat petunjuk menerusi mimpi bahawa Mohammad Ashraf berada di satu kawasan seakan Gua Tempurung.

Artikel Berkaitan:

“Kami cari di sekitar Gua Tempurung sebab mak ada mimpi dan dia perasan kawasan itu Gua Tempurung, malah ada pengamal perubatan Islam nampak perkara sama, dia kata nampak Acap di situ, jadi kami ikhtiarkan di situ," katanya.

3) Saya pun perlu duit untuk hidup: Isteri Allahyarham Saleem (1,414,217 bacaan)

ISTERI Allahyarham penyanyi terkenal, Saleem, Julia Bachok memberitahu hubungan dengan anak tirinya, Syafiq Farhain berada dalam keadaan baik.

Masalah yang dialami Julia sebelum ini berpunca di antara pihak syarikat rakaman yang mempromosikan nama Syafiq tanpa bayaran.

4) Diseret dari Ipoh hingga Kuala Kangsar (1,001,156 bacaan)

IPOH - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kejadian ngeri selepas digilis dan diseret sejauh 12 kilometer oleh sebuah kenderaan dalam nahas di KM272.8, Lebuh Raya Utara- Selatan arah utara.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, Mohamad Haris Mohamad Fuad, 22, berasal dari Taman Desa Jawi, Sungai Jawi, Pulau Pinang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Difahamkan, mayat mangsa ditemukan oleh orang awam di tengah laluan lebuh raya di KM260 selepas Terowong Menora di Kuala Kangsar manakala bahagian kakinya tertinggal lokasi kejadian.

5) Wanita bertudung ini sangat berani (887,018)

TINDAKAN bersahaja seorang ahli terapi untuk kanak-kanak autistik mengambil gambar dengan penunjuk perasaan anti-Islam tular di media sosial.

Ketika kejadian, Shaymaa Ismaa'eel, 24, menghadiri Konvensyen Islam di Amerika Utara apabila dia terlihat beberapa lelaki mengadakan bantahan di luar kawasan konvensyen sambil memegang sepanduk anti-Muslim.

Artikel Disyorkan