Polis tahan lelaki ceroboh kawasan perumahan

Berita yang tular di media sosial berhubung perkara berkenaan.
Berita yang tular di media sosial berhubung perkara berkenaan.
A
A
A

KOTA TINGGI - Polis menahan seorang lelaki berkaitan ke ceroboh di sekitar kawasan perumahan di Sebana Cove, Pengerang di sini, pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora lelaki warga tempatan yang berusia dalam lingkungan awal 30-an itu ditahan di Jalan Pularek, Sungai Rengit di sini pada jam 6 petang Ahad.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati suspek sedang menunggang sebuah motosikal dalam keadaan yang mencurigakan dan polis telah mengarahkan suspek untuk berhenti bagi membuat pemeriksaan, namun suspek telah bertindak melarikan diri dengan memecut motosikalnya menghala ke pekan Pengerang.

“Anggota polis kemudiannya telah berjaya menahan suspek di Jalan Pularek, Sungai Rengit Johor dan ketika tangkapan dilakukan suspek telah bertindak agresif bagi melepaskan diri daripada ditangkap.

“Ketika melakukan tangkapan tersebut, berlaku pergelutan antara suspek dan anggota polis. Suspek juga telah mengeluarkan kata-kata berbaur hinaan iaitu ‘polis semua yahudi’ ketika cuba ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, Polis Daerah Kota Tinggi juga memberikan amaran keras akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang terlibat dalam menghalang tugas penjawat awam daripada melakukan tugas mereka.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!