Anggota tentera maut selepas langgar lampu merah

Seorang anggota tentera maut selepas merempuh sebuah motosikal lain dalam kejadian di persimpangan Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur pada Ahad.
Seorang anggota tentera maut selepas merempuh sebuah motosikal lain dalam kejadian di persimpangan Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang anggota tentera maut selepas merempuh sebuah motosikal lain dalam kejadian di persimpangan Jalan Sultan Yahya Petra dekat sini pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.25 pagi itu di persimpangan masuk ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) menghala ke PPR Ayer Panas.

"Siasatan awal mendapati, anggota tentera terbabit yang menunggang motosikal jenis Yamaha NMAX dari arah Pulapol itu dipercayai tidak berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah.

"Motosikal ditunggangnya itu kemudian merempuh sebuah motosikal jenis Honda Waze yang ketika itu sedang membelok ke kanan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, kejadian mengakibatkan anggota tentera terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Penunggang motosikal jenis Honda Wave dikenal pasti sebagai seorang wanita warga tempatan berumur 39 tahun.

"Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di wad zon merah Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya, mayat anggota tentera itu dibawa ke Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.