The Varsity Boys buru tiga import

Mohd Fairus
Mohd Fairus
A
A
A

UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) FC dijangka merekrut tiga pemain import bagi memperkuatkan cabaran The Varsity Boys bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020.

Menurut Pengurus UKM FC, Mohd Fairus Shafie, antara posisi yang diberikan perhatian bagi mengisi bahagian itu adalah pemain pertahanan, tengah dan penyerang.

“Pada saingan kali ini kami akan cuba merekrut pemain import dari Perancis, Afrika dan Korea Selatan bagi memantapkan cabaran UKM FC.

“Sebenarnya kami baru 50 peratus dalam pembentukan skuad The Varsity Boys bagi fasa awal ini.

“Kami juga mengekalkan 90 peratus pemain tempatan musim lalu berdasarkan bajet yang ada bagi mengharungi saingan musim depan,” katanya yang turut menyasarkan misi kekal saingan Liga Premier 2021 dan layak Piala Malaysia 2020 sebagai sasaran kelab itu.

Pada masa sama Mohd Fairus memaklumkan bahawa kelab itu akan mengadakan beberapa aksi persahabatan bagi memantapkan keserasian dalam kalangan pemain.

“Kami akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan dan kelab Liga Super bagi memantapkan persiapan sebelum kempen Liga-M 2020 menyingkap tirai,” katanya.

Artikel Berkaitan: