Tunggakan cukai pendapatan RM9.41 juta: Shafee, LHDN akan selesai kes

Muhammad Shafee
Muhammad Shafee
A
A
A

KUALA LUMPUR – Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa, kes tuntutan tunggakan cukai pendapatan, berjumlah RM9.41 juta berada dalam proses penyelesaian.

Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain kemudiannya menetapkan 15 Disember ini, untuk mendengar perkembangan terbaharu itu.

Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya tiada penyelesaian, mahkamah akan meneruskan prosiding kerana kes terbabit telah berlangsung agak lama.

Roz Mawar berkata demikian selepas peguam, Datuk Seri Rajan Navaratnam memohon penangguhan pendengaran ini kerana terdapat perkembangan baharu (menyelesaikan saman).