Klopp puji kebangkitan Liverpool

Alexander-Arnold (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Fulham. - Foto AFP
Alexander-Arnold (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Fulham. - Foto AFP
A
A
A

LIVERPOOL menjaringkan dua gol dalam tempoh seminit termasuk gol kemenangan Trent Alexander-Arnold pada minit ke-88 dalam kemenangan 4-3 mereka ke atas Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Wataru Endo menjaringkan gol pada minit ke-87, manakala jaringan sulung Alexis Mac Allister dan gol sendiri oleh penjaga gol Fulham, Bernd Leno daripada sepakan percuma Alexander-Arnold mengangkat pasukan Juergen Klopp ke tangga kedua kedudukan (EPL) dengan 31 mata.

“Ia adalah sesuatu yang luar biasa. Perlawanan yang naik turun. Kami mendahului kemudian mereka menyamakan kedudukan dan kami sempat ketinggalan dengan baki lima minit lagi perlawanan.

“Kemudian kami mendapat gol penyamaan dan berjaya menang. Ia adalah permainan yang sukar dipercayai, penuh dengan emosi," kata Alexander-Arnold.

Liverpool berada dua mata di belakang pendahulu Arsenal, manakala Manchester City di tempat ketiga dengan 30 mata.

“Saya tidak fikir saya pernah melihat perlawanan dengan begitu banyak gol indah.

“Kami menjaringkan gol yang luar biasa hari ini, tetapi kami membiarkan dibolosi. Kami sebenarnya sangat bagus dalam perlawanan ini terutama untuk bangkit daripada ketinggalan," kata pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

Fulham kelihatan bersedia untuk menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool di Anfield dalam liga yang bermula pada Oktober 2022 sebelum Mohamed Salah melakukan hantaran kepada Endo untuk gol jarak jauh.

Artikel Berkaitan:

Kemudian, Alexander-Arnold menyambung hantaran Kostas Tsimikas untuk merembat masuk memastikan kemenangan kepada Liverpool.

Harry Wilson, Kenny Tete dan Bobby De Cordova-Reid menjaringkan gol buat Fulham yang bangkit dua kali selepas ketinggalan satu gol.