Posisi Alexander-Arnold kekal

Alexander-Arnold
Alexander-Arnold
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan Trent Alexander-Arnold kekal bermain di sebarang posisi yang difikirkan paling sesuai dengan The Reds.

"Kami meletakkan dia di posisi yang kami fikir terbaik untuknya biarpun kemudian orang berkata dia perlu bermain di posisi lain.

“Dia menjadi antara pemain paling berjaya dalam sejarah Liverpool, dan baru-baru ini, bermain sebagai bek kanan.

Dia akan bermain di tempat yang terbaik untuk kami, begitulah keadaannya.

“Saya tidak mahu memainkannya di bahagian tengah, tidak sama sekali, dia bukan sebahagian daripada perbincangan itu,” katanya.

Reaksi Klopp itu hadir selepas pengendali dari Jerman tersebut menyelar tindakan segelintir pihak mencipta komen sensasi mengenai pertahanan tersebut.

Klopp, yang pasukannya bertandang ke kelab tercorot Liga Perdana Inggeris, Sheffield United, berkata: "Kami masih perlu membuat keputusan mengenai apa yang terbaik untuk pasukan.

"Trent melihatnya dengan cara yang sama. Dia mahu bermain dari pandangan saya dan kami perlu memastikan pasukan membantunya dengan kedudukan." katanya.

Artikel Berkaitan:

Liverpool kini berada dikedudukan kedua, dua mata di belakang pendahulu Arsenal, juga menunggu imbasan untuk mengetahui tahap kecederaan lutut yang dialami pemain pertahanan Joel Matip ketika menentang Fulham.