Hamas dedah rakaman video siap sedia serang kereta kebal Israel

Sayap bersenjata pergerakan Hamas mengeluarkan rakaman video memberi gambaran pihaknya bersiap sedia menyerang kereta kebal Israel di Gaza. - REUTERS
Sayap bersenjata pergerakan Hamas mengeluarkan rakaman video memberi gambaran pihaknya bersiap sedia menyerang kereta kebal Israel di Gaza. - REUTERS
A
A
A

GAZA - Sayap bersenjata pergerakan Hamas mengeluarkan rakaman video memberi gambaran pihaknya bersiap sedia menyerang kereta kebal Israel di Gaza.

Rakaman yang dibuat menggunakan dron itu antara lain menunjukkan kedudukan kereta kebal Israel, menandakan mereka mempunyai visual dan maklumat mengenai pergerakan musuh.

Namun begitu, lokasi atau tarikh rakaman video itu tidak dapat dipastikan.

Pesawat perang Israel melancarkan serangan di atas Gaza pada Jumaat selepas perbincangan untuk memanjangkan gencatan senjata seminggu dengan Hamas gagal.

Ini menyebabkan ramai penduduk Palestin cedera dan meninggal dunia dihantar ke hospital dan ratusan lagi terpaksa melarikan diri ke jalan raya.

Kawasan timur Khan Younis di selatan Gaza mengalami pengeboman dasyat selepas pemberhentian sementara perang tamat semalam.

Ini menyebabkan penduduk melarikan diri ke lokasi di barat dengan membawa harta benda untuk perlindungan.

Artikel Berkaitan: