Sabah FC atasi Perak FC di Ipoh

Antara aksi perlawanan di antara Perak FC dan Sabah FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak di Ipoh pada Ahad. - Foto PERAK FC
Antara aksi perlawanan di antara Perak FC dan Sabah FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak di Ipoh pada Ahad. - Foto PERAK FC
A
A
A

JARINGAN tunggal Park Taesu pada minit ke-85 membolehkan Sabah FC membawa pulang tiga mata selepas menewaskan Perak FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak di Ipoh pada Ahad.

Minit awal perlawanan menyaksikan Sabah menguasai permainan dengan beberapa percubaan.

Namun, keadaan permukaan padang licin menyaksikan kedua-dua pasukan sukar mencari rentak.

Sabah beroleh beberapa percubaan namun tersasar dan gagal menemui pintu gol Perak.

Ramon Machado minit ke-14 berjaya memperdaya penjaga gol namun dikeluarkan pertahanan.

Tamat perlawanan pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan.

Bersambung babak kedua, pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee membuat dua pertukaran dengan mengeluarkan Miguel Cifuentes dan Rizal Ghazali dengan diganti Rawilson Batuil dan Jafri Chew.

Artikel Berkaitan:

Sabah FC berjaya mengatasi Perak FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak di Ipoh pada Ahad.
Sabah FC berjaya mengatasi Perak FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak di Ipoh pada Ahad.

Wan Zack Haikal dijatuhkan berhampiran kotak penalti pada minit ke-54 memberikan sepakan percuma kepada Perak.

Bagaimanapun percubaan kapten pasukan Perak, Luciano Guaycochea terus ke dakapan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.

Pada minit ke-60, kad kuning pertama perlawanan dilayangkan pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir kepada pemain Sabah, Dominic Tan selepas mengasari pemain tuan rumah.

Anak buah Yusri Che Lah terus diasak pelawat dengan beberapa percubaan ke arah pintu gol menyebabkan pemain Perak terpaksa bertahan.

Memasuki minit ke-75, Perak membuat dua penggantian pemain memasukkan Luka Milunovic dan Firdaus Sayadi dan mengeluarkan Farris Idziham dan Seo Seonung.

Kapten Sabah, Park Taesu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 selepas berjaya menewaskan penjaga gol Perak, T Shaheeswaran.

Perlawanan kekal memihak kepada Sabah dengan jaringan tunggal 1-0 yang nyata mengecewakan Perak.

Perlawanan terakhir di gelanggang sendiri menyaksikan Perak bermain di hadapan 2,781 orang penonton.