Newcastle sentap ego United

Anthony. Foto AFP
Anthony. Foto AFP
A
A
A

TAMPIL dengan skuad yang tempang ekoran krisis kecederaan, tiada masalah buat Newcastle untuk mengalahkan Manchester United 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Ahad.

Jaringan tunggal Anthony Gordon pada separuh masa kedua sudah cukup buat skuad bimbingan Eddie Howe meraih tiga mata berharga bagi memintas United untuk berada di tangga kelima liga.

“Saya amat gembira dengan karakter pemain. Mereka mempamerkan aksi yang sangat bagus. Tahap, watak dan usaha untuk berada pada tahap tertinggi,” ujar Howe.

Biarpun The Magpies turun tanpa 11 pemain utama, namun mereka mendominasi perlawanan dalam tempoh sejam pertama ketika United yang masih belum mencatat kemenangan ke atas pasukan dalam kelompok sembilan teratas carta EPL.

Dalam aksi itu, Andre Onana menjadi tumpuan selepas dua kesilapannya menjadi punca anak buah Erik ten Hag diikat 3-3 oleh Galatasaray dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Beraksi cemerlang pada babak pertama termasuk penjaga gol Cameroon itu menafikan percubaan Miguel Almiron di awal permainan.

Gol terhasil setelah Gordon menyempurnakan hantaran lintang Kieran Trippier pada minit ke-55, namun kemenangan dibayangi dengan kecederaan penjaga gol, Nick Pope sekali gus menambah senarai kecederaan Newcastle.

Kecederaan memaksa Howe menurunkan kesebelasan utama yang sama buat kali ketiga berturut-turut dengan pemain 17 tahun, Lewis Miley bermula di barisan tengah.

Artikel Berkaitan:

“Keputusan menjadi lebih memuaskan apabila dilakukan oleh pasukan yang sama. Bukan saja pemain-pemain utama cedera yang beraksi juga lebam dan luka-luka. Saya sendiri terhincut-hincut,” ujar Gordon.