Manchester United bimbang kecederaan Hojlund

Hojlund alami kecederaan belakang ketika ujian perubatan minggu lepas. - Foto AFP
Hojlund alami kecederaan belakang ketika ujian perubatan minggu lepas. - Foto AFP
A
A
A

PEMAIN baharu Manchester United, Rasmus Hojlund mungkin terpaksa melupakan beberapa aksi bersama The Red Devils kerana mengalami kecederaan belakang ketika ujian perubatan minggu lepas.

Situasi tersebut pasti membimbangkan United selepas imbasan MRI ke atas penyerang bernilai 72 juta pound (RM420 juta) itu dilaporkan menunjukkan titik panas di bahagian belakangnya.

Pemain berusia 20 tahun itu diketepikan bagi dua perlawanan pertama United ekoran kecederaan ketika pramusim bersama kelab lamanya, Atalanta.

Bagaimanapun dilaporkan Hojlund memerlukan masa lebih lama untuk menjalani proses pemulihan kecederaan belakangnya itu.

Selepas kecederaan Hojlund dikesan, pemeriksaan secara kerap dijalankan dan United optimis tiada masalah lain yang berkaitan.

United setakat ini menyebut bahawa Hojlund hanya memerlukan beberapa minggu untuk pulih daripada kecederaan kecil itu.

Penyerang Denmark itu diperkenalkan kepada penyokong Old Trafford sebelum aksi persahabatan pramusim menentang RC Lens Sabtu lepas.

Hojlund bagaimanapun dikatakan sudah berlatih dengan United meskipun diketepikan bagi dua aksi kompetitif pertama mereka.

Artikel Berkaitan:

United akan memulakan kempen Liga Perdana Inggeris menentang Wolverhampton Wanderers di laman sendiri Isnin depan sebelum bertandang ke Tottenham Hotspur lima hari kemudian.