Polis kesan pelanggan tikam peniaga

Rakaman kamera video litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek tiba di restoran mangsa sekitar jam 6 pagi pada Sabtu sebelum bertindak menikam peniaga terbabit. Foto Ihsan pembaca
Rakaman kamera video litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek tiba di restoran mangsa sekitar jam 6 pagi pada Sabtu sebelum bertindak menikam peniaga terbabit. Foto Ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Polis giat mengesan lelaki yang disyaki menikam seorang peniaga dalam kejadian di sebuah restoran di Taman Cemerlang Rapat dekat Gunung Rapat pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan dijalankan selepas beberapa video dan gambar kejadian itu tular di Facebook.

Menurut beliau, semakan mendapati kejadian sekitar jam 6 pagi itu melibatkan mangsa berusia 44 tahun.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut akibat ditikam dengan menggunakan senjata pisau oleh suspek yang merupakan pelanggannya.

"Mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Yahaya berkata, suspek masih dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Bilik Kawalan Daerah (DCC), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2542222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu video berdurasi 19 saat memaparkan lelaki yang memakai jaket berwarna cerah secara tiba-tiba mengeluarkan pisau dari pinggang bertindak menikam mangsa sebelum melarikan diri.

Artikel Berkaitan: