Onana antara penjaga gol terbaik EPL

Andre Onana - Foto: AFP
Andre Onana - Foto: AFP
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag mempertahankan Andre Onana dan mendakwa statistik pemain Cameroon itu membuktikan dia antara penjaga gol terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).

Permulaan Onana dalam kariernya di United penuh dengan kesilapan berprofil tinggi dalam Liga Juara-Juara yang telah meletakkan Red Devils di ambang penyingkiran peringkat kumpulan.

Dia dikritik selepas gagal menyelamatkan dua sepakan percuma Hakim Ziyech membolehkan Galatasaray bangkit mengikat perlawanan 3-3 di Istanbul pada Khamis.

Ia menjadikan jumlah gol bolos United dalam lima perlawanan Liga Juara-Juara mereka kepada 14 gol.

Tetapi, ia merupakan cerita berbeza di EPL kerana Onana telah melepaskan hanya 16 gol dalam 13 perlawanan menjadikan dia di kedudukan kedua dalam liga teratas Inggeris itu.

“Jika anda menganalisisnya dengan baik maka anda melihat dia adalah penjaga gol kedua terbaik dalam Liga Perdana berdasarkan statistik.

“Dia beraksi dengan baik. Selain itu, dia tahu bahawa dalam Liga Juara-Juara dia melakukan beberapa kesilapan, tetapi sepanjang anda melihat lima bulan pertama dia melakukannya dengan sangat baik," katanya.

Ten Hag juga yakin Onana dapat bangkit daripada prestasinya itu untuk kembali menjadi benteng kebal buat United.

Artikel Berkaitan:

“Anda telah melihat bagaimana dia bertindak balas terhadap prestasi buruk seperti di (Bayern) Munich. Di Burnley (tiga hari kemudian) dia cemerlang.

“Dia adalah seorang yang kuat mempunyai personaliti dan dia akan menanganinya,"ujarnya.