'Penerangan, respons kerajaan terhadap isu semasa agak lemah'

Pembahas dari Perka pada perbahasan sempena Kongres Nasional Tahunan PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Pembahas dari Perka pada perbahasan sempena Kongres Nasional Tahunan PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini pada Ahad. - Foto Sinar Harian
A
A
A

PUTRAJAYA - Penerangan dan respons Kerajaan Perpaduan berhubung isu-isu semasa (tertentu) diakui masih lemah.

Pembahas dari Perak, Wong Chai Yi berkata, akibat kelemahan itu ia turut menyebabkan berlakunya ‘kerosakan’ imej kepada kerajaan.

Justeru, beliau menyeru kepada pihak berkenan agar lebih cepat bertindak dalam menangani perkara berkenaan.

“Apabila Kerajaan Perpaduan membuat keputusan yang tidak popular, atau keputusan yang kontroversi, isu yang divisive kerajaan masih bertindak lembab dalam kerja-kerja damage control.Kita perlu faham dalam politik kini, perception is everything!.

“Pimpinan kita harus memberi penerangan, pencerahan, penjelasan yang padu, cepat dan konsisten, dan respons ini haruslah konsisten daripada barisan menteri kabinet dan bukan sahaja daripada Perdana Menteri sahaja,” katanya ketika sesi perbahasan sempena Kongres Nasional Tahunan PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini pada Ahad.

Tambahnya, apabila pencerahan tidak cukup pantas dan konsisten, anggota-anggota parti akan keliru dan tidak dapat menyampaikan pendirian Kerajaan Perpaduan dengan tepat kepada rakyat.

Katanya lagi, lebih-lebih lagi ketika zaman ledakan media sosial kini.

“Kita terpaksa bersaing dengan masa supaya info yang tepat dapat disampaikan kepada rakyat terlebih dahulu sebelum dipersoalkan oleh pihak pembangkang.

Artikel Berkaitan:

“Hal ini adalah penting untuk membina kepercayaan dan mempertahankan kestabilan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Sementara menyentuh mengenai kerjasama dengan rakan-rakan parti baru yang bukan daripada Pakatan Harapan, beliau meminta satu rangka kerja yang lebih jelas daripada pimpinan tertinggi PKR.

“Saya ingin menekankan bahawa kejayaan kita tidak hanya bergantung kepada kekuatan masing-masing.

“Tetapi juga kebolehan kita untuk bekerjasama sebagai satu entiti politik yang bersatu padu, mengatasi perbezaan dan fokus kepada penyelesaian kepada masalah yang dihadapi rakyat,” katanya.