'Pak guard' baik disayangi murid sekolah

Tular video di media sosial memaparkan murid sekolah berkenaan bersalam dan memeluk sambil memberikan hadiah kepada 'pak guard' dikenali sebagai Uncle Kittu.
Tular video di media sosial memaparkan murid sekolah berkenaan bersalam dan memeluk sambil memberikan hadiah kepada 'pak guard' dikenali sebagai Uncle Kittu.
A
A
A

SHAH ALAM - "Pak guard ni mesti baik, itu sebab pelajar sayang," itu antara komen pengguna media sosial pada video tular membabitkan majlis perpisahan seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah.

Video berdurasi satu minit 13 saat itu tular di media sosial memaparkan murid sekolah berkenaan bersalam dan memeluk sambil memberikan hadiah kepada lelaki dikenali Uncle Kittu itu.

Video menyentuh hati itu menerima maklum balas positif daripada pengguna media sosial memuji pihak sekolah yang menghargai jasa seorang pengawal keselamatan.

"Tahniah buat pengurusan sekolah... Sekolah anda terbaik," komen seorang pengguna media sosial, Aq Pelat.

"Terbaik sekolah ni, didikan dari kecil, saling hormat menghormati," komen A'in Shaihan.

Seorang pelajar bersalam dan mencium tangan Uncle Kittu.
Seorang pelajar bersalam dan mencium tangan Uncle Kittu.

"Bagusnya macam ni. Sematkan dalam diri anak-anak kasih sayang dan menghargai orang yang banyak berjasa tak kira pekerjaan apa sekali pun. Much love and respect, " tulis Wana Zainal.

Video tersebut turut menarik perhatian Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut berkongsi video tersebut di media sosialnya.

Artikel Berkaitan:

Video berkenaan dikongsikan oleh Fazlinda Aziz dan difahamkan Uncle Kittu berkhidmat di sebuah sekolah di Bandar Baru Putra, Kinta, Perak.

Majlis perpisahan itu diatur pengurusan sekolah sebagai penghargaan kepada pengawal keselamatan berkenaan yang akan berpindah ke tempat baharu.