Rusia lancar senjata hipersonik baharu

Senjata hipersonik baharu didakwa mempunyai keupayaan untuk menyerang AS.
Senjata hipersonik baharu didakwa mempunyai keupayaan untuk menyerang AS.
A
A
A

MOSCOW - Menteri Pertahanan Rusia mengumumkan senjata hipersonik baharu dibangunkan negara itu yang didakwa mempunyai keupayaan untuk menyerang Amerika Syarikat (AS).

Sergei Shoigu memaklumkan misil tersebut dilengkapi kenderaan luncur hipersonik digelar Avangard itu mula beroperasi bersama sebuah unit di wilayah Orenburg di kawasan pergunungan Ural bermula kelmarin.

Pada Mac 2018, Presiden Vladimir Putin pernah mendedahkan tentang senjata canggih tersebut.

"Ia menuju kepada sasaran seperti meteorit dan seperti bebola api. Ia direka menggunakan bahan komposit baharu yang boleh menahan suhu sehingga 2,000 darjah Celsius," ujarnya.

Menurutnya, senjata itu juga boleh mencapai sasaran pada 27 kali lebih cepat daripada kelajuan bunyi dan mampu membawa senjata nuklear sehingga dua megaton.

Difahamkan, Rusia pernah berjaya menguji Avangard sebanyak dua kali pada 2016 dan senjata baharu tersebut adalah sistem sama dibangunkan China yang telah mencetuskan kebimbangan AS hingga mereka terpaksa memikirkan strategi pertahanan baharu. - Agensi

Artikel Berkaitan: