PRK Kemaman: Facebook palsu Ahmad Samsuri pula muncul

Akaun palsu Ahmad Samsuri.
Akaun palsu Ahmad Samsuri.
A
A
A

KEMAMAN - Selepas kewujudan Facebook palsu calon Barisan Nasional (BN), seterunya daripada Pas iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut menerima nasib yang sama.

Menteri Besar Terengganu itu dalam satu kenyataan memaklumkan, akaun Facebook yang menggunakan gambar dan nama Ahmad Samsuri bukanlah akaun rasminya.

"Untuk makluman, akaun seperti dalam gambar bukanlah akaun saya.

"Akaun saya yang sebenar mempunyai centang biru (blue tick), bernama Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

"Diharap sesiapa tidak mengikuti laman Facebook palsu bagi mengelakkan sebarang salah faham dan maklumat yang tidak benar," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor turut menjadi mangsa dengan kemunculan akaun media sosial palsu.

Akaun palsu itu menggunakan nama Raja Affandi, sedangkan akaun rasminya menggunakan nama Raja Mohamed Affandi.

Bagaimanapun, Facebook rasminya kemudian digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan terpaksa membuat akaun baharu menggunakan nama Raja Mohamed Affandi RMA.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!