Peka kesihatan mata kanak-kanak, Ayam Brand lancar kempen komuniti

Bengkel ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand’ telah disertai 398 kanak-kanak daripada pelbagai persatuan.
Bengkel ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand’ telah disertai 398 kanak-kanak daripada pelbagai persatuan.
A
A
A

AYAM Brand melancarkan Kempen Komuniti Penyayang 2023 yang mendekati lebih 1,000 kanak-kanak daripada 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tujuh negeri dengan menyediakan bekalan makanan selama dua bulan.

Pengurus Pemasaran A Clouet (Malaysia) Sdn Bhd, Teoh Wei Ling berkata, tujuan program dilaksana kerana rabun jauh bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun meningkat sebanyak 9.8 peratus kepada 34.4 peratus pada usia 15 tahun.

“Risiko malnutrisi berganda dan miopia (rabun jauh) dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia memerlukan sokongan daripada semua pihak termasuk organisasi seperti Ayam Brand.

“Secara ideal, kanak-kanak perlu mendapatkan makanan berkhasiat sejak mereka lahir.

"Produk ikan kami kaya dengan protein, kalsium, Omega 3 serta vitamin dan mineral yang memberi manfaat kesihatan kepada kanak-kanak termasuk kesihatan mata mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menerusi bengkel berkenaan, kanak-kanak berpeluang untuk mempelajari cara membuat pilihan makanan yang lebih sihat.
Menerusi bengkel berkenaan, kanak-kanak berpeluang untuk mempelajari cara membuat pilihan makanan yang lebih sihat.

Menurutnya, menerusi satu kajian dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati, kandungan Omega 3 di dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah 7.1 kali lebih tinggi berbanding sajian menggunakan ikan sardin yang ditangkap segar.

Dalam pada itu, Wei Ling memaklumkan, seramai 398 kanak-kanak dari pelbagai persatuan dan NGO telah mengikuti bengkel ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand’ yang diadakan di Menara KPJ Kuala Lumpur.

Antaranya, Persatuan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Rumah Charis, Yayasan Chow Kit, Trinity Community Children Home Society, Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras dan Persatuan Rumah Kanak-Kanak Ini Di Sayangi (K.I.D.S).

Artikel Berkaitan:

Seterusnya, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, Rumah Kebajikan dan Anak Yatim dan Saudara Baru An-Najjah serta Pusat Jagaan Rumah Juara.

Beliau berkata, menerusi bengkel tersebut, kanak-kanak berpeluang untuk mempelajari cara membuat pilihan makanan yang lebih sihat menerusi sesi menarik dan penuh bermaklumat bersama Pakar Pemakanan KPJ Tawakkal Kuala Lumpur, Nabihah Hannan Razaleigh.

Nabihah Hannan berkata, pengambilan makanan berkhasiat penting bagi kesejahteraan menyeluruh kanak-kanak khasnya pengambilan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.

“Antara sumber protein baik ialah ikan berlemak seperti tuna, saba, sardin dan mackerel yang mengandungi sumber Omega-3 baik dan penting untuk perkembangan otak serta kesihatan mata kanak-kanak.

“Memandangkan tubuh tidak boleh menghasilkan Omega 3, kita perlu mendapatkannya daripada sumber makanan. Setiap individu perlu mempertimbangkan untuk mengambil sekurang-kurangnya dua hidangan ikan berlemak setiap minggu,” ujarnya.

Ayam Brand melancarkan Kempen Komuniti Penyayang 2023 dengan menyediakan bekalan makanan selama dua bulan kepada 25 NGO.
Ayam Brand melancarkan Kempen Komuniti Penyayang 2023 dengan menyediakan bekalan makanan selama dua bulan kepada 25 NGO.

Sementara itu, Pengurus Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Jamaluddin Wahab turut menyatakan penghargaan atas sokongan berterusan Ayam Brand serta impak transformasi terhadap kehidupan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

“Kami menantikan kempen ini kerana ia menyeronokkan, berilmu, penuh maklumat dan menarik minat serta mencetuskan semangat kepada kanak-kanak untuk sentiasa sihat dan menjaga pemakanan mereka.

“Kami amat mengalu-alukan sumbangan cermin mata preskripsi kerana segelintir kanak-kanak di rumah ini mengalami miopia. Sumbangan ini pasti akan membantu mereka melihat dengan lebih jelas,” katanya.