Video tular kanak-kanak dipukul, dibuli bukan di Malaysia - KPN

Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dipukul menggunakan kayu merupakan kejadian yang dipercayai berlaku di China.
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dipukul menggunakan kayu merupakan kejadian yang dipercayai berlaku di China.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Video tular seorang kanak-kanak lelaki dipukul menggunakan kayu serta ditendang bukan kejadian di dalam negara, sebaliknya dipercayai berlaku di China.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil carian mendapati video tersebut telah dikongsi oleh akaun Facebook pada 22 November yang memaparkan kejadian seorang pelajar lelaki dibuli oleh pelajar yang lain yang dipercayai berlaku di asrama sekolah.

"Carian lanjut mendapati kejadian dipercayai berlaku di negara China berdasarkan video yang telah dimuat naik di salah satu saluran berita semasa negara China melalui laman X MuyangShow.com https://x.com/muyang909/status/1726969682266378679?s=20 pada 21/11/2023 dan telah mendapat 106,000 tontotan.

"Semakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak menjumpai mana-mana laporan yang dilaporkan berkenaan kes ini dalam negara," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Justeru, Razarudin menasihatkan masyarakat agar tidak menularkan perkara yang tidak sahih kerana ia boleh menggugat ketidaktenteraman awam.

Pada Jumaat, tular satu video berdurasi 50 saat memaparkan tindakan seorang kanak-kanak lelaki memukul seorang kanak-kanak lelaki lain menggunakan sebatang kayu.

Perbuatan itu mengakibatkan mangsa menangis dan meraung kesakitan.

Berdasarkan rakaman itu, kejadian itu turut disaksikan beberapa rakannya yang lain.

Artikel Berkaitan: