PRK Kemaman: Ahmad Samsuri seru rakyat keluar mengundi

Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
A
A
A

KEMAMAN - Calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru agar pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada Sabtu ini.

Menerusi satu rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat yang disiarkan di Facebook Pas Terengganu, Ahmad Samsuri memberitahu bahawa 2 Disember adalah tarikh penting bagi pengundi yang berdaftar.

"Saya dengan rasa rendah diri, menyeru pengundi yang berada di Kemaman khususnya, untuk keluar mengundi dan menggunakan hak mereka untuk membuat pemilihan.

"Kepada pengundi yang berada di luar Kemaman, sama ada di kawasan sempadan atau Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan sebagainya, pulanglah untuk menunaikan hak saudara dan saudari sekalian.

"Ketika pulang nanti, jagalah tata tertib di jalan raya. Pandulah dengan cermat supaya selamat pulang dan kembali ke tempat kerja masing-masing," katanya yang juga Menteri Besar Terengganu.

Beliau turut menasihatkan pengundi agar menunaikan hak dan tanggungjawab ini untuk membawa satu mesej yang jelas ke dalam negara kita.

PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu BN dan Pas.

BN mempertaruhkan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor manakala Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili Pas.

Artikel Berkaitan: