Jeda kemanusiaan di Gaza dilanjutkan sehari lagi

Rakyat Palestin berjalan dalam runtuhan kemusnahan di bandar Gaza. - Foto AFP
Rakyat Palestin berjalan dalam runtuhan kemusnahan di bandar Gaza. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Jeda kemanusiaan sementara di Semenanjung Gaza dilanjutkan sehari lagi pada Khamis.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar Majid A-Ansari memberitahu Agensi Berita Qatar (QNA) bahawa jeda kemanusiaan itu dilanjutkan untuk tempoh sehari lagi mengikut syarat yang sama, lapor Agensi Anadolu.

Persetujuan mengenai lanjutan itu dicapai menerusi rundingan membabitkan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

Beliau berkata, rundingan masih diteruskan bagi mencapai gencatan senjata yang berkekalan di wilayah berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: