‘Makan durian lebih sukar daripada belajar CPR’

Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia melancarkan Trak CPR/ Malaysia Hero untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai CPR dan kaedah penggunaan peralatan AED.
Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia melancarkan Trak CPR/ Malaysia Hero untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai CPR dan kaedah penggunaan peralatan AED.
A
A
A

PUCHONG - Menyedari kepentingan setiap individu mempelajari ilmu bantuan pernafasan kecemasan (CPR), Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia melancarkan Trak CPR/ Malaysia Hero untuk memberi pendedahan kepada orang ramai.

Presiden Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia, Kuan Chee Heng berkata, tempoh 15 hingga ke 20 minit pertama selepas seseorang diserang penyakit jantung, tercekik dan sebagainya sangat kritikal buat mangsa.

Menurutnya, perlunya setiap individu mengetahui kaedah CPR atau penggunaan peralatan defibrilator luaran automatik (AED) untuk menyelamatkan mangsa tersebut sebelum ketibaan paramedik dan ambulans.

“Ramai orang masih tak tahu buat CPR, sedangkan tidak sampai sejam untuk mempelajarinya.

Nak makan durian lebih sukar, kena buka kulit dan sebagainya berbanding belajar serta praktikan CPR.

“Sebab itu kita lancarkan Trak CPR ini untuk beri ilmu dan pendedahan kepada seramai mungkin orang awam supaya mereka tahu mempraktikkannya apabila berdepan kecemasan.

Trak CPR akan memberi pendedahan menerusi demonstrasi CPR dan cara penggunaan AED kepada orang ramai.
Trak CPR akan memberi pendedahan menerusi demonstrasi CPR dan cara penggunaan AED kepada orang ramai.

“Kami berasa sedih kerana biasanya apabila ada panggilan kecemasan untuk perkhidmatan ambulans, orang sekeliling yang berada berdekatan mangsa tidak tahu CPR dan akhirnya kami hanya datang untuk selimutkan mangsa yang sudah tidak bernyawa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Trak CPR/ Malaysia Hero serta Ambulans Wanita dan Kanak-kanak yang disempurnakan oleh Doktor Pakar Kecemasan Hospital Columbia Cheras, Dr Tai Woon Ting pada Rabu.

Chee Heng berkata, pihaknya juga kecewa kerana kebanyakkan pengurusan pangsapuri tidak mempunyai peralatan AED yang boleh digunakan ketika kecemasan.

“Ambulan biasanya akan ambil masa antara 15 minit ke 20 minit untuk sampai selepas dihubungi bergantung kepada lokasi.

“Ketiadaan atau kekurangan kemahiran menggunakan peralatan AED meningkatkan risiko kematian.

“Kita gesa pihak pengurusan pangsapuri supaya dapat sediakan peralatan ini untuk kegunaan penghuni di kawasan mereka,” katanya.

Tambahnya, Trak CPR akan memberi pendedahan menerusi demonstrasi CPR dan cara penggunaan AED kepada orang ramai.

“Tujuan utama pelancaran trak ini supaya setiap rakyat mampu memperkasakan diri dengan ilmu CPR/AED dan asas pertolongan cemas.

Lancar ambulan untuk wanita dan kanak-kanak

Ambulan khusus untuk wanita dan kanak-kanak turut dilancarkan bagi keselesaan golongan itu.
Ambulan khusus untuk wanita dan kanak-kanak turut dilancarkan bagi keselesaan golongan itu.

Dalam pada itu, Chee Heng berkata, pihaknya turut melancarkan ambulan khusus untuk wanita dan kanak-kanak bagi keselesaan golongan itu.

“Team Ambulans Uncle Kentang terpanggil memberi layanan yang sesuai untuk golongan pesakit wanita dan kanak-kanak.

“Selain paramedik wanita akan ditempatkan dalam ambulans tersebut, peralatan sesuai dan ceria diwujudkan untuk menceriakan kanak-kanak yang menaikinya.

“Kami menjenamakan ambulans ini dengan nama Dayang Women and Children Ambulance bagi menghargai seorang doktor pakar kanak-kanak yang banyak berjasa kepada pesakit terdiri daripada kanak-kanak miskin,” katanya.