Sila log masuk terlebih dahulu.

Baiki prasarana sekolah lebih penting daripada bina mercu tanda - PM

30 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 30 OGOS 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan semua sekolah di negara ini akan memiliki prasarana asas yang munasabah menjelang Oktober ini.

Menurutnya, menyediakan prasarana asas seperti bumbung dan tandas lengkap adalah lebih baik berbanding membina mercu tanda yang gah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya pada Rabu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/276418/berita/nasional/pm-jamin-semua-sekolah-dilengkapi-prasarana-asas-oktober-ini

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX